Monday, February 8, 2010

PENGENALAN PROGRAM LINUS

Program Literasi Dan Numerasi (Linus) 2010
Pengenalan
National Key Result Areas (NKRA) melalui Minister Key Performance Indicators (MKPI), KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.
National Key Result Areas (NKRA)
1. Rasuah
2. Jenayah
3. Pendidikan
4. Mempertingkatkan taraf hidup
5. Infrustruktur luar bandar
6. Pengangkutan bandar
MKPI
1. Pra Sekolah
2. Literasi & Numerasi
3. Bai’ah
4. Sekolah Berprestasi Tinggi
5. Sekolah Vokasional
6. 100% bekalan elektrik 24 jam
Perihal Program
Minister Key Performance Indicators (MKPI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.
Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.
Rasional Program
Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:Program KIA2M untuk murid Tahun I yang mula dilaksanakan pada tahun 2006. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.
PROTIM selepas UPSR.
Program-program yang telah dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak memenuhi kehendak NKRA.
Strategi Pelaksanaan di Sekolah
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun:
Saringan 1 (Mac)
Saringan 2 (Jun)
Saringan 3 (September)

Definisi Literasi
Definisi asas literasi adalah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung “dan “ serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian

Definisi Numerasi
Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun. Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

Oleh itu bagi semua guru Bahasa Melayu dan Matematik yang mengajar di tahun 1 Produk Carta Flip BM Sukukata & Flip Chart English Phonics adalah alat bantuan pengajaran yang paling sesuai untuk menyokong program LINUS tersebut.

No comments:

Post a Comment